Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Habib Ali - Kitab Mukhtasar (ringkasan) Sahih Bukhari & Minjahul 'Abidin (Imam Ghazali)

- Tegur orang tua dengan lemah lembut seperti kisah Saidina Hasan dan Saidina Husin - Adab Nabi s.a.w apabila memberi makanan atau minuman, baginda s.a.w akan mula memberi kepada orang yg duduk di kanan. Tapi disebabkan ketika itu  belah kiri Rasulullah s.a.w ialah lebih tua (Saidina Abu Bakr) , maka baginda mintak izin orang di kanan iaitu Abdullah ibn Abbas untuk bagi orang di kiri. Padahal Abdullah ibn Abbas hanyalah budak kecil ketika itu. Ketika Rasulullah s.a.w wafat Abbas hanya 13 tahun. Apatah lagi ketika peristiwa ini mesti lagi kecil. Tapi Nabi s.a.w pentingkan adab walaupun dgn budak kecil untuk meminta izin daripada 'hak' Abdullah ibn Abbas tadi. (ADAB!) - Lafaz 'bismillahirrahmanirrahim' hanya dimulai oleh Nabi Muhammad s.a.w, sebelum kehadiran baginda sebutannya lain 'bismiqallahumma'. Ada satu ketika seorang bernama Attas duduk bersama Rasulullah s.a.w, ketika itu Rasulullah minum dan menyebut 'bismillahirrahmanirrahim'. Attas ber