- Tegur orang tua dengan lemah lembut seperti kisah Saidina Hasan
dan Saidina Husin
- Adab Nabi s.a.w apabila memberi makanan atau minuman, baginda
s.a.w akan mula memberi kepada orang yg duduk di kanan. Tapi disebabkan ketika
itu belah kiri Rasulullah s.a.w ialah lebih tua (Saidina Abu Bakr) , maka
baginda mintak izin orang di kanan iaitu Abdullah ibn Abbas untuk bagi orang di
kiri. Padahal Abdullah ibn Abbas hanyalah budak kecil ketika itu. Ketika
Rasulullah s.a.w wafat Abbas hanya 13 tahun. Apatah lagi ketika peristiwa ini
mesti lagi kecil. Tapi Nabi s.a.w pentingkan adab walaupun dgn budak kecil
untuk meminta izin daripada 'hak' Abdullah ibn Abbas tadi. (ADAB!)
- Lafaz 'bismillahirrahmanirrahim' hanya dimulai oleh Nabi
Muhammad s.a.w, sebelum kehadiran baginda sebutannya lain 'bismiqallahumma'.
Ada satu ketika seorang bernama Attas duduk bersama Rasulullah s.a.w, ketika
itu Rasulullah minum dan menyebut 'bismillahirrahmanirrahim'. Attas bertanya
'Apa yang kau sebutkan? Aku tak pernah dengar perkataan itu'. Nabi tanya ' Kau
dari mana?' Attas jawab dari Ninawa-Iraq. Nabi kata 'Oh, itu tempat abang aku
Nabi Yunus. Dia seorang Nabi, begitu juga aku seorang Nabi sepertinya'. Attas
terus masuk Islam apabila mengetahui kenabian Rasulullah s.a.w, hanya
disebabkan Nabi sebut perkataan 'bismilliahirrahmanirrahim'.
- Nabi umpamakan orang yang beriman itu seperti pokok kurma dimana
segala sisi dari pokok kurma mempunyai manfaat. Dari atas sampai akarnya. Orang
beriman memberi manfaat kepada orang lain. Tangannya bagi manfaat, kakinya bagi
manfaat, mulutnya bagi manfaat, segala yang ada pd orang beriman bagi manfaat
pada orang lain. Bukan ibadah semata-mata. Orang beriman ialah dimana orang
lain selamat dari bahaya.
- Apa ertinya kita beragama Islam tapi berhati kotor. Riak ialah
perbuatan yang tidak ikhlas.
- Imam Ghazali menceritakan pentingnya amal ibadah batil (dalaman,
hati) daripada zahir.
-Amalan batin (hati) tak berkesan sebab amalan zahir tak
selari dengan amalam batin.
- Wujudnya orang yang melakukan ibadah tapi hati busuk. FOCUS
BERSIHKAN HATI PASTI AMALAN ZAHIR AKAN TERJAGA.
- Ada satu hari pada zaman Nabi, di Masjid ada seorang yang sedang
ambil wudhu dan ketika dia jalan masuk ke masjid Nabi Muhammad s.a.w nampak
kesan tampar syaitan di mukanya. Ketika dia masuk ke masjid Nabi tanya
kepadanya 'ketika kau masuk ke masjid ini adakah kau berckp dalam hati yg kau
lebih bagus dari orang-orang di sini termasuk aku?' Orang itu mengaku.
- BERATKAN DAN FOCUSKAN AMALAN IBADAH BATIN seperti sabar,
tawakkal, sangka baik pada orang, tak mengumpat, elak dengki. JANGAN KOTORKAN
HATI.
- Kalau kau betul-betul tawakkal pada Allah, Allah akan beri
rezeki pada kamu sepertimana kau lihat burung keluar dari rumah tangan kosong
dan pulang ke rumah dengan rezeki kerana burung pun tawakkal pada Allah. (Cari
duit untuk hidup, bukan hidup untuk cari duit)
-Tumpukan tujuan untuk Allah. Tawakkal pada Allah tapi jangan
tinggalkan sebab. (bukan maksudnya tak perlu kerja. Lebihkan Allah. Tujuan
untuk Allah)
-Virus-virus yang merosakkan hati ialah riak, sombong, dengki,
sangka buruk, cakap buruk.
- tiada ilmu yang lagi bagus, lagi konkrit daripada ilmu Allah dan
Rasul.
:) Salam 'alaykum
Yang good sharing nk share boleh ?
ReplyDelete