Monday, 8 December 2014

Habib Ali - Kitab Mukhtasar (ringkasan) Sahih Bukhari & Minjahul 'Abidin (Imam Ghazali)

- Tegur orang tua dengan lemah lembut seperti kisah Saidina Hasan dan Saidina Husin

- Adab Nabi s.a.w apabila memberi makanan atau minuman, baginda s.a.w akan mula memberi kepada orang yg duduk di kanan. Tapi disebabkan ketika itu  belah kiri Rasulullah s.a.w ialah lebih tua (Saidina Abu Bakr) , maka baginda mintak izin orang di kanan iaitu Abdullah ibn Abbas untuk bagi orang di kiri. Padahal Abdullah ibn Abbas hanyalah budak kecil ketika itu. Ketika Rasulullah s.a.w wafat Abbas hanya 13 tahun. Apatah lagi ketika peristiwa ini mesti lagi kecil. Tapi Nabi s.a.w pentingkan adab walaupun dgn budak kecil untuk meminta izin daripada 'hak' Abdullah ibn Abbas tadi. (ADAB!)

- Lafaz 'bismillahirrahmanirrahim' hanya dimulai oleh Nabi Muhammad s.a.w, sebelum kehadiran baginda sebutannya lain 'bismiqallahumma'. Ada satu ketika seorang bernama Attas duduk bersama Rasulullah s.a.w, ketika itu Rasulullah minum dan menyebut 'bismillahirrahmanirrahim'. Attas bertanya 'Apa yang kau sebutkan? Aku tak pernah dengar perkataan itu'. Nabi tanya ' Kau dari mana?' Attas jawab dari Ninawa-Iraq. Nabi kata 'Oh, itu tempat abang aku Nabi Yunus. Dia seorang Nabi, begitu juga aku seorang Nabi sepertinya'. Attas terus masuk Islam apabila mengetahui kenabian Rasulullah s.a.w, hanya disebabkan Nabi sebut perkataan 'bismilliahirrahmanirrahim'.

- Nabi umpamakan orang yang beriman itu seperti pokok kurma dimana segala sisi dari pokok kurma mempunyai manfaat. Dari atas sampai akarnya. Orang beriman memberi manfaat kepada orang lain. Tangannya bagi manfaat, kakinya bagi manfaat, mulutnya bagi manfaat, segala yang ada pd orang beriman bagi manfaat pada orang lain. Bukan ibadah semata-mata. Orang beriman ialah dimana orang lain selamat dari bahaya.

- Apa ertinya kita beragama Islam tapi berhati kotor. Riak ialah perbuatan yang tidak ikhlas.

- Imam Ghazali menceritakan pentingnya amal ibadah batil (dalaman, hati) daripada zahir.

-Amalan batin (hati) tak berkesan sebab  amalan zahir tak selari dengan amalam batin.

- Wujudnya orang yang melakukan ibadah tapi hati busuk. FOCUS BERSIHKAN HATI PASTI AMALAN ZAHIR AKAN TERJAGA.

- Ada satu hari pada zaman Nabi, di Masjid ada seorang yang sedang ambil wudhu dan ketika dia jalan masuk ke masjid Nabi Muhammad s.a.w nampak kesan tampar syaitan di mukanya. Ketika dia masuk ke masjid Nabi tanya kepadanya 'ketika kau masuk ke masjid ini adakah kau berckp dalam hati yg kau lebih bagus dari orang-orang di sini termasuk aku?' Orang itu mengaku.

- BERATKAN DAN FOCUSKAN AMALAN IBADAH BATIN seperti sabar, tawakkal, sangka baik pada orang, tak mengumpat, elak dengki. JANGAN KOTORKAN HATI.

- Kalau kau betul-betul tawakkal  pada Allah, Allah akan beri rezeki pada kamu sepertimana kau lihat burung keluar dari rumah tangan kosong dan pulang ke rumah dengan rezeki kerana burung pun tawakkal pada Allah. (Cari duit untuk hidup, bukan hidup untuk cari duit)

-Tumpukan tujuan untuk Allah. Tawakkal pada Allah tapi jangan tinggalkan sebab. (bukan maksudnya tak perlu kerja. Lebihkan Allah. Tujuan untuk Allah)

-Virus-virus yang merosakkan hati ialah riak, sombong, dengki, sangka buruk, cakap buruk.

- tiada ilmu yang lagi bagus, lagi konkrit daripada ilmu Allah dan Rasul.



 :) Salam 'alaykum





1 comment: